Bonjour Fellas!

Heyy you! Welcome to my Online Diary.
Do not do stupid things that might harm my blog, okeyy! Be nice here.
bold

Bonjour Fellas! ![]() Heyy you! Welcome to my Online Diary. Do not do stupid things that might harm my blog, okeyy! Be nice here. bold ![]() |
Owner ![]() i type what i feel. ![]() jiwang la lagi....
Thursday, 1 September 2011 | 22:06 | 0 comment(s)
salam..aku salah?! maafkan aku.. kau salah?! aku maafkan.. kita kan manusia.. siapa yang tak terlepas dari kesalahan.. kenapa harus kesat bicaranya?! kenapa perlu kasar perilakunya?! belajarlah memberi selain menerima.. belajarlah beralah selain menang.. belajarlah menghargai pengorbanan seseorang.. walau aku menjauh dengan kau.. kau pernah menjadi kesayangan aku.. walau kau telah tiada.. kenangan itu tetap segar.. walau kita tiada lagi cerita.. doakan kita sama2 bahagia.. walaupun dah banyak kali kau sakitkan hati aku.. mainkan perasaan aku.. dah banyak kali tipu aku.. aku tak pernah berdendam dengan kau.. malah kau pula yang selalu aku ingat.. kalau tak ada kau satu hari saja.. hidup aku mcam bukan hidup.. sunyi.. terima kasih k.. sebab selalu gaduh dengan aku walaupun sakit.. tapi aku suka.. cinta yang dicari akan pergi.. tapi cinta yang datang pasti akan kekal abadi.. tapi aku tak tahu sama ada kau ni cinta yang aku cari ataupun cinta yang datang sendiri.. mungkinkah kau teristimewa buat aku?! aku akan tetap sayang kau walau suatu hari nanti aku takkan dapat miliki kau untuk selamanya.. tapi aku akan tetap semua kenangan kita.. dia kau nak.. aku pun kau nak.. dia kau panggil sayang.. aku kau panggil cinta.. dia kau jaga perasaan.. aku kau tak nak kecewakan.. dia tempat kau bersuka ria.. aku tempat kau luahkan perasaan.. dia tempat kau bermanja.. aku tempat kau membelai.. apa nak jadi nie?! tapi ingatlah.. kalau kau menyukai 2 orang dalam satu masa.. pilihlah yang kedua.. kerana jika kau benar2 mencintai orang yang pertama, orang yang kedua tidak perlu terlintas dalam minda kau.. maksudnya, orang yang kedua itulah yang kau cintai kerana dia telah berjaya menggangu minda kau terhadap orang pertama.. tapi itu terpulang pada kau.. aku akan redha kalau kau memilih orang yang pertama.. sebab tue hak kau untuk memilih.. tapi bila sudah memilih, jangan kau menagih cinta aku lagi.. kerana aku seorang wanita yang lembut hatinya untuk menerima kau lagi dalam hidup aku.. kerana aku sangat mencintai diri kau sepenuh hati aku.. ya Allah, aku tak mahu dia pergi.. aku tulis nama kau di kertas, tapi tanpa sengaja aku terbuang kertas itu.. aku tulis nama kau di tangan, tapi aku basuh tangan pada esok hari.. aku tulis nama kau di pasir, tapi angin menghilangkannya.. tapi kalau aku tulis nama kau di hati, ia takkan pergi kemana dan tetap ada disitu.. begitu juga kau.. kau tetap berada di hati aku... wasalam.. |