Bonjour Fellas!

Heyy you! Welcome to my Online Diary.
Do not do stupid things that might harm my blog, okeyy! Be nice here.
bold

Bonjour Fellas! ![]() Heyy you! Welcome to my Online Diary. Do not do stupid things that might harm my blog, okeyy! Be nice here. bold ![]() |
Owner ![]() i type what i feel. ![]() serahkan pada yang Ilahi..
Saturday, 20 August 2011 | 02:23 | 0 comment(s)
cinta itu letaknya d hati dan hati itu milik Allah..tidak mungkin aku dapt menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki..tidak patut aku serahkan hati yang dimiliki Allah ini kepada orang lain untuk dikuasai dan diperintah..sepatutnya aku serahkan jiwa dan raga aku seluruhnya kepada Allah..adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah..aku mahu jadikan cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta..maka aku akan lebih tenang menerima segala penolakan....hati aku meronta untuk dicintai dan mencintai..alangkah remuknya hati apabila orang yang kita cintai tidak aku miliki..kecewanya apabila cinta tidak dibalas oleh orang yang kita cinta..ternyata hati itu bukan milik kita..ia milik Allah..kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang..tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang..bukankah sepatutnya aku redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta di hati orang yang kita cintai?! zalimnya aku apabila aku tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah..sedangkan semakin hari aku tidak menghargai cinta Allah..aku tidak pula membalas semua anugerah cinta yang Allah berikan kepada aku pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang aku lalui.. Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..yakinlah akan janji Allah..Allah tahu tentang diriku lebih daripada engkau sendiri..maka Allah telah menetapkan untukku lebih baik daripda kau mahu..boleh jadi kau cintakan sesuatu tapi ia buruk bagiku dan begitu juga sebaliknya..cinta telah menjadi faktor yang dapt mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya..apakah aku dan kau ingin berubah kerana cinta ke arah redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah..?! aku tidak mahu meletakkan keinginanku lebih tinggi daripada ketentuan Allah..aku ingin mengerti bahawa milik Allah lah semua kejadian..aku ingin membawa kefahaman tersebut kepada pengalaman dalam kehidupan ..aku tidak mahu mengatakan bahawa aku mentaati Allah sedangkan hidup aku bergelumang dengan jahiliah..aku anak muda yang bergelora jiwanya..aku mahu dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta..moga aku dan kau dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.. |